Cara Membuat Tempahan

 *SILA BACA SYARAT-SYARAT TEMPAHAN DI BAWAH DENGAN TELITI :
LANGKAH PERTAMA YANG PERLU DIBUAT 
Pilih Kad yang dikehendaki, dan isikan Order Form  seterusnya submit order form tersebut atau e-mailkan kepada kami untuk keterangan lanjut mengenai kad pilihan anda.
DEPOSIT PERTAMA
Sekiranya semua urusan dipersetujui, Sila buat bayaran deposit kepada kami sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan tempahan.
Untuk pembayaran sila rujuk Cara Bayaran

Sila emailkan bukti pembayaran anda kepada kami.
Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois. 
TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DIPROSES.
REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti dan setelah pelanggan memberikan lakaran awal yang disertakan di dalam Order Form. Tempoh pembikinan adalan 3-7 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.
PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda.
Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat.
Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.
PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-14 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.
KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 10 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda.
BAYARAN AKHIR 
Sila buat bayaran akhir baki 20% dari jumlah bersih tempahan anda bersama kos penghantaran sekali..
PENGHANTARAN
Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada diluar kawasan KL perkhidmatan courier / kargo penerbangan akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pelanggan.

Harga akan diberitahu kelak mengikut berat kad.

Penghantaran ke Singapore, Sabah, Sarawak & Brunei akan mengambil masa 1-3 hari tertakluk pada tempat dan keadaan.
Sila buat tempahan lebih awal supaya masalah kelewatan tidak berlaku.
Sila klik link Penghantaran : Cara Penghantaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...